Memaparkan catatan dengan label syamil 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syamil 2015. Papar semua catatan

Rabu, 21 Oktober 2015

SYAMIL BERKENALAN DENGAN PERALATAN DALAM BILIK AIR

Assalamualaikum warahmatullah...

Masya Allah...sudah bersawang blog saya ni...lama sudah daku melupakanmu..tapi dihati tetap ada rasa rindu untuk menulis di blog ini..

Sibuk dengan urusan yang ntah apa-apa entah, tapi yang pasti saya tidak mahu lupa menyiapkan bahan-bahan pembelajaran baru untuk syamil...

Selalunya bahan yang saya buat dan sediakan untuk Syamil, saya tidak pernah lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan sekasut...sebab apa? Sebab saya tahu ibu-ibu yang bekerja takkan ada banyak masa untuk berada di hadapan komputer untuk mencari dan menyediakan bahan seperti saya. Kerana saya juga pernah bekerja dan saya juga merasai bagaimana letih dan penatnya selepas balik kerja. 

Alhamdulillah, saya ada group FB saya sendiri iaitu "Autism Teaching Aids (Malaysia)". Disitulah saya salurkan bahan-bahan yang saya buat. Semoga ia memberi manfaat kepada kanak-kanak seperti Syamil. Mungkin pendidikan sudah sebati dengan saya, bila berhenti sebagai guru pun, hati masih ingin menyumbang kepada pendidikan. Cuma mungkin caranya sudah tidak sama seperti menjadi guru di sekolah.

Hari ni saya nak kongsikan bahan yang saya buat untuk Syamil. Masa saya ajar Syamil tentang jenis-jenis pekerjaan, abah Syamil cadangkan kepada saya supaya saya kenalkan kepada Syamil peralatan di dalam rumah..bukanlah Syamil tak tahu, banyak juga yang Syamil dah kenal dan boleh sebut macam meja, kerusi, langsir, sudu, peti ais, mesin basuh, shower, paip dan banyak lagi lah..tak tersenarai kat sini...hii..tapi ada juga yang Syamil belum tahu sebut macam baldi n gayung...

1st target untuk kenalkan Syamil dengan peralatan dalam rumah dah tercapai. Ajar secara santai jer..Bila dan kenal semua benda maujud ni saya tukarkan ke dalam bentuk gambar pulak...Jadi, saya sediakan buku aktiviti ni dan flashcard..

Pengalaman mengajar Syamil sebelum ni memberitahu saya bahawa Syamil sangat mudah belajar melalui kaedah sight words, so saya gunakan kelebihan ini untuk ajar dia mengecam gambar dan perkataan..

Kad bacaan yang saya buat untuk Syamil...

Saya mulakan dengan perkenalkan kepada Syamil peralatan di bilik air dengan menggunakan kad ini...

Dan juga buku ini..


Mengajar anak tipikal dan anak isitmewa ini memerlukan cara yang berbeza...jadi apa yang saya pelajari saya gunakan untuk membantu anak saya...

Buku ini merupakan buku yang kita boleh pelbagaikan penggunaanya...ada 3 dalam 1 aktiviti...satu aktiviti saya dah tak buat..sebab senang sangat..hihi...kalau ikut 4 dalam 1...

Aktiviti pertama adalah memadankan gambar dengan gambar berperkataan, boleh ulang sebanyak mana yang kita nak, sehingga anak dah kuasai sepenuhnya..selalunya tak ambik masa yang lama pun untuk kuasai aktiviti ni..


Aktiviti 1: Memadankan gambar dengan gambar berperkataan

Bila anak dah kuasai aktiviti pertama, kita buat aktiviti kedua pulak...apa tu? Hihi..untuk aktiviti kedua kita bagi anak match gambar berperkataan dengan perkataan pulak...yang ni anak kena cam perhati dan fokus pada perkataan...Syamil dapat membaca sesuatu perkataan itu bunyi apa dengan aktiviti ni la...hihi..



Aktiviti 2 : Memadankan gambar berperkataan dengan perkataan

haa...bila anak dah terror matching dekat aktiviti kedua tu, kita move ke aktiviti yang akhir, kira aras tinggi la..hihi...

Aktiviti akhir ni, aktiviti memadankan gambar dengan perkataan, bila anak dah cam sesuatu perkataan tu apa, than baru boleh buat aktiviti ni...anak autis ni kadang-kadang belajar tak sama macam anak tipikal, macam Syamil dia boleh cam perkataan tu terus dan sebut...kemudian aktivti matching ni jadi lagi mudah..itulah keistimewaan yg Allah beri kat Syamil...tapi bukan semua yer macam tu...autisme ni spectrum..so kena faham kat situ...hiii...

Aktiviti 3: Memadankan gambar dengan perkataan

Okeylah, rasa sampai kat sini dulu sharing saya buat kali ni..haaaa...bagi rakan-rakan pembaca yang sedang tercari-cari bahan untuk pembelajaran untuk anak-anak boleh sertai saya di FB group "Autisme Teaching Aids(Malaysia)"...ada bahan yang saya upload khusus untuk pembelajaran anak autis dan ada juga yang semua kanak-kanak boleh guna..

Sampai jumpa lagi yer..wassalam...

Rabu, 29 Julai 2015

Individual Education Plan (IEP) Syamil bermula...

Assalamualaikum semua...

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu...

Dah lama saya tidak menulis di blog ni...

Actually bahan IEP Syamil tu saya dah terima pada April lepas, asyik terlupa nak menelaah bahan yang dibekalkan oleh Cikgu IEP Syamil...

Tapi aktiviti pembelajaran Syamil yang saya buat berjalan seperti biasa..IEP ni lebih kepada apa yang center beri dan saya just follow jer..

So, semalam saya secara serius membaca dan mula mengambil langkah untuk memulakan IEP Syamil tu...sebelum ni Syamil mulakan dengan assesment yang mana Cikgu Cat nak tengok kemampuan dan keperluan Syamil untuk IEP seterusnya...3 kali perjumpaan baru selesai semua assesment tu.. banyak juga nak kena nilai...

Pada perjumpaan keempat Cikgu Cat bekalkan kepada saya apa yang saya perlu bantu Syamil di rumah untuk lengkapkan semua assesment yang tak berapa nak lulus kat center aritu..

Banyak jugak...hihi...jenuh la ibu nak hambat semua assesment tu..tapi secara kasarnya kebanyakkan assesment tu Syamil boleh buat...cuma masa kat center angin tak berapa ok...so kena ulang la kat rumah...hihi..harap boleh selesaikan pada bulan September nanti..

Satu lagi..berita gembira hari ni..saya disapa oleh seseorang yang master dalam terapi untuk kanak-kanak autisme ni...masya Allah...Alhamdulillah...beliau nak berkongsi bahan untuk Syamil...terima kasih sangat2 dan saya sangat menghargainya...terima kasih..terima kasih ya Allah..


Apa isi kandungan dalam fail ni? Hiihi...in sha Allah akan saya kongsikan dalam posting akan datang...

Salam Sayang buat semua...

Selasa, 19 Mei 2015

SYAMIL & AL QURAN

Duduk depan laptop dok fikir apa yang hendak saya catatkan hari ini...sudah lama juga terberhenti menulis blog..hampir seminggu lebih rasanya...sifat malas tu jangan dibela, saya paksa juga diri supaya saya tidak terikut-ikut dengan bisikan makhluk yang sentiasa mengajak ke arah kesesatan...

Hari ni saya nak abadikan kisah anak syurga saya Muhammad Syamil Zhafri dalam posting saya kali ini. Bagi yang mengikuti perkembangan Syamil tentu sedia maklum bahawa Syamil seorang anak istimewa yang Allah kurniakan kepada kami berdua. 


Alhamdulillah kini Syamil sudah berumur 3 tahun 6 bulan dan bulan November ini akan genaplah umurnya 4 tahun..Alhamdulillah..moga Allah panjangkan umurmu anakku..

Saya nak bercerita tentang bagaimana Syamil mula menghafal surah-surah dalam Al-Quran. Allah terangkan hati beliau untuk menghafal di kala pertuturannya masih tidak setanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya..

Bagaimana saya dekatkan dia dengan Al-Quran..

Di rumah pengasuh lagi, Syamil sudah didedahkan dengan zikir yang memuji kebesaran Allah. Alhamduillah, bila dibukakan zikir Syamil suka memerhati dan mendengar zikir tersebut. Di rumah pula kami selalu buka astro Oasis setiap hari tepat pukul 7 malam. Waktu itu rancangan yang disajikan adalah zikir dan bacaan ayat Al- Quran.

Setiap hari selepas Maghrib saya akan ajak Syamil membaca Al Furqan. Alhamdulillah Syamil dah masuk buku 2. Syamil anak istimewa yang sangat terang hatinya, ajar sekali dua beliau sudah dapat apa yang diajar. 

Sebelum tidur pula, saya akan bacakan kepadanya ayat Kursi dan 3 Qul. Pada awalnya beliau hanya mendengar sehinggalah pada satu ketika Syamil sudah boleh membaca sendiri tanpa saya dengarkan lagi padanya. Kini setiap kali hendak tidur, Syamil sudah boleh membaca sendiri ayat Kursi dan 3 Qul.

Syamil juga sudah boleh mengecam ayat-ayat Al-Quran

Bagaimana? Saya juga masih mencari-cari jawapannya...

Saya tahu Syamil mampu mengecam ayat dalam surah 
semasa saya menyediakan bahan ini.

Kisahnya bermula semasa saya sedang menyiapkan flash card surah Al-Fatihah, An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas...sedang saya sibuk menggunting, Syamil masuk ke dalam bilik. Terdetik hati untuk menguji Syamil...jadi saya tunjukkan satu potongan ayat dari surah apa saya pun dah tak ingat...Syamil dengan yakinnya membaca potongan surah tersebut...antara percaya dengan tidak, saya tunjukkan lagi potongan ayat yang lain, sekali lagi Syamil membacanya sehinggalah habis semua potongan ayat yang ada masa itu.. Masya Allah, Maha Suci Allah...tiada perkataan lain yang keluar dari mulut saya melainkan memuji kebesaran Allah..saat itu saya rasa sebak sangat...teringat tulisan Pn Ainizal dalam buku Genius Dari Syurga...

"Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta...percayalah..."

Saya mula terfikir-fikir bilakah saya menunjukkan ayat-ayat Al-Quran ini pada Syamil. Seingat saya hanya 2 3 kali sahaja...tetapi mungkin juga Syamil lihat di TV...Menguatkan lagi keyakinan saya Syamil banyak belajar secara visual...dia lihat dan dia ingat...

Menyusun potongan ayat mengikut urutan yang betul.

Pengalaman menjadi guru juga banyak membantu saya dalam mendidik Syamil. Alhamdulillah.

Kini, saya sedang perkenalkan kepada Syamil surah Al-Masad. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah...saya mahu terapkan Al Quran dalam jiwa Syamil. Biarlah Al Quran menjadi terapi paling mujarab buat Syamil..

Kepada pembaca budiman, doakan Syamil selalu yer..semoga suatu hari nanti Syamil akan menjadi seorang PROTAZ (Professional Ustaz)...bahagia hidupnya di dunia dan akhirat, berguna pada agama dan seluruh alam...

Setakat sini dulu celoteh saya hari ini...salam sayang...wassalam...

Selasa, 5 Mei 2015

HARI NI SYAMIL PERIKSA...

Hari ni hari pertama Syamil periksa kat sekolah...Bahasa Melayu dan Jawi...Masa nak ambil Syamil balik tadi, tanya juga dekat cikgu Syamil, macam mana Syamil hari ni...cikgu kata Syamil tak nak buat..dia baling-baling jer kertas tu..tapi cikgu kata takpe sebab tadika 4 tahun tak de markah cuma pentaksiran ajer...huhu..

Mula-mula sedih juga di hati sebab Syamil tak nak buat...tapi saya kena positifkan diri saya sendiri..lagi pun masih awal saya nak melihat kemampuan Syamil...niat dulu pun antar Syamil ke tadika nak dia berkawan dan bergaul sahaja..supaya dia pandai berkomunikasi dengan orang lain..apa yang dia dapat yang lain tu hanyalah sampingan sahaja yang harus saya bangga dengan kemampuan dia. Kanak-kanak autistik boleh belajar dengan baik jika kena dengan gaya kita ajar..in shaa Allah, Syamil pasti boleh buat dan mampu belajar seperti kanak-kanak tipikal yang lain. Doa ibu sentiasa bersama-sama Syamil...



Sebelah petang Syamil ada appointment dengan Doktor Pakar, bergerak pula kami ke Hospital Pulau Pinang..hampir dua jam menunggu baru boleh jumpa doktor...biasalah tu kan..ramai patient..

Alhamdulillah, perkembangan Syamil agak baik, doktor kata teruskan apa yang dah dibuat di rumah, speech theraphy, occupational theraphy dan two way center. Doktor kata Syamil tak perlu makan ubat sebab Syamil tak hyper, Alhamdulillah...n doktor kata lagi nak bagi supplement pun takde masalah...hihi..Syamil memang dah makan supplement pun, even kalau Syamil normal pun saya bagi jugak dia makan supplement...

Syamil tertidur sebelah abah tadi, pas solat Asar tadi...takpelah nak...rehat dulu, sambil tu boleh la ibu berblogging..hihi

ok lah sampai kat sini dulu kisah Syamil, nanti saya cerita lagi yer..ada janji yang harus ditunaikan...hihi

salam sayang..

Selasa, 28 April 2015

LATIH SYAMIL BELAJAR SENDIRI

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ni nak cerita tentang proses pembelajaran Syamil di rumah...Kanak-kanak yang istimewa seperti Syamil perlukan persediaan awal sebelum dia melangkah ke alam persekolahan. Jadi sebaik sahaja saya mengetahui Syamil seorang autistik, saya mula menggali dan mencari ilmu untuk membantu Syamil.

Tak nak cerita apa yang saya dah buat sebelum ni, sebab kalau cerita jadi panjang pulakkan...So arini sebenarnya nak cerita bagaimana saya membantu Syamil belajar dengan mengikut kaedah yang digunakan di Makmal Pembelajaran Autisme, UKM. Dah tentu ilmu ni saya dapat semasa menyertai Bengkel Siri Jelajah Negara Permata Kurnia dan hasil perkongsian dengan rakan-rakan yang sekapal dengan saya. 

Berbekal ilmu yang dikutip dan buku rujukan yang saya beli semasa bengkel saya berusaha sedaya upaya untuk ajar Syamil sama seperti di Makmal Autisme UKM..setup tempat belajar pun nak bagi sama gak..hahaha...nak p antar kat Makmal Autisme jauh kan, so kita buat kat rumah...ibu autisme ni dia kena gigih, sabar, kuat semangat dan semua-semualah...


 
Day 1 (27 April 2015)

Haaa..yang gambar kat atas ini hari pertama percubaan saya untuk bagi Syamil belajar sendiri...selepas beberapa siri sesi pembelajaran bersama-sama saya. Bukan bermaksud saya tinggal dia terus , saya pantau dari jauh..agak-agak dia dah hilang fokus tu saya pergi kat meja dia..usap2 sikit kata Syamil pandai, Syamil good boy..nanti dia dah ok dia akan sambung balik tugasan dia sampai siap..At the end saya akan bagi dia reward...hihi..bunga kertas jer..memandangkan sekarang Syamil dok obses dengan bunga, so bunga lah saya jadikan reward. 

Semua bahan-bahan tu saya buat sendiri hasil ilmu yang saya belajar masa bengkel..ada juga yang saya cari di internet dan perkongsian rakan-rakan.

Day 2 (28 April 2015)

Okay gambar ni pulak, hari kedua percubaan saya..Task 1 lulus, Task 2 agak hilang fokus sebab banyak kot, so kena duduk tepi dia dan bantu sikit-sikit supaya dia fokus kembali, peluk2 sikit, bagi pujian Syamil pandai, Alhamdulillah dapat habiskan Task 2 dengan jayanya. Task 3 pulak aktiviti yang nampak mudah, tetapi untuk kanak-kanak macam Syamil yang ada masalah motor halus, susah sebenarnya...dia nak tekan sepit tu macam seksa jer... Tapi tu dulu la..sekarang Syamil dan agak pandai tekan sepit tu dan letakkan ikut warna...

Berapa masa yang saya ambil untuk satu sesi ni?

Bergantung pada task yang kita bagi...dan bergantung pada keupayaan anak kita, selalu Syamil dalam 20 minit dah selesai..awal lagi pun ada kot..hiihii..agak2 jer masa tu...

Ibu-ibu boleh pelbagaikan aktiviti...selalu sebelum aktiviti ni saya ajak Syamil mengaji dulu, membaca pastu speech theraphy baru mula buat...banyakkan...tapi yang tu lah dia kena face setiap hari..bila dah jadi rutin in shaa Allah ok lah...

Buat masa bila?

Saya selalu ajar lepas maghrib sebab pagi 8 sampai 12 Syamil g sekolah, petang dia tido dan tengok tv, kadang2 sambil tengok tv saya buat aktiviti fizikal..malam baru mula...

okey, nanti saya cerita lagi yer...nak p ambik Syamil kat Tadika...terima kasih sebab membaca...


Isnin, 27 April 2015

Syamil belajar ke tandas

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita bagaimana saya ajar Syamil ke tandas...

Mengajar anak syurga macam Syamil ke tandas agak mencabar juga, tambahan pulak bila Syamil masih ada masalah pertuturan...

Berdasarkan ilmu yang saya kutip semasa mengikuti Kursus Ibu Bapa Siri Jelajah Negara Anjuran Permata Kurnia, saya cuba aplikasikan untuk mengajar Syamil membuang air ke tandas.





Saya gunakan jadual visual, ajar dia satu persatu pada setiap kad yang ada pada jadual visual tu..
Ok, bila Syamil dah agak faham, saya ajar dia ke tandas untuk buang air kecil. Selalunya saya ajar selepas waktu sekolah, pukul 12.30 tengahari ke atas. 

Mula-mula tu banyak kali la terbabas dalam seluar, sehari 4 - 5 helai gak la seluar kena ganti..stress ibu nyer..hahahaha...

Pastu saya cuba pendekatan pakai diaper tapi setiap setengah jam ajak ke toilet...Alhamdulillah, dalam 3 - 4 hari ni diaper Syamil kering jer (pakai sebagai langkah berjaga-jaga, hihihi)... masih dalam proses pembelajaran lagi nih..saya harap Syamil akan free diapers dalam masa terdekat ni..in shaa Allah...


Isnin, 20 April 2015

Syamil ke Speech Theraphy...

Hari ni husband cuti sempena hari sukan sekolah Sabtu lepas. Jadi saya ambik ruang yang ada untuk bawa Syamil pergi Speech Theraphy di Sg Petani. Jauh jugak kan...1 jam perjalanan dari Penang baru sampai. 

Mungkin ni slot terakhir Syamil sebelum Puan Ruby cuti bersalin. Puan Ruby kata bulan Ogos nanti baru mula semula.

Di rumah saya rasa Syamil dah banyak sangat bercakap...tapi bila jumpa Puan Ruby sebenarnya banyak lagi yang Syamil kena belajar. Ya Allah...masih jauh lagi sebenarnya perjalanan Syamil nak bercakap dengan baik...tapi saya sentiasa yakin dan redha...setiap sesuatu perkara pasti ada hikmahnya...in shaa Allah...

Sebelum tamat sesi tadi, Puan Ruby ada berikan tips untuk bantu Syamil di rumah ... Alhamdulillah ...semua tips tu saya akan gunakan sepanjang 3 bulan Syamil tidak jumpa Puan Ruby. Saya hanya perlu ulang balik apa yang Syamil buat bersama Puan Ruby tadi. Harap-harap akan ada peningkatan dan semoga saya sentiasa konsisten membantu Syamil.


Antara aktiviti Syamil tadi...comel kan Puan Ruby lukis..hihi..

Ahad, 19 April 2015

Family Time...Berkelah di Pantai Tanjung Assam

Assalamualaikum warahmatullah....

Selamat berhujung minggu...

Semalam dah pesan siap-siap kat hubby, esok nak bawak Syamil p mandi pantai..dah lama sangat tak p berkelah...tak perlu jauh-jauh, pantai kat rumah ni pun boleh asalkan dapat spent masa berkualiti dengan keluarga dan paling penting jauh dari gajet..hihi

Jadi selepas buat bekalan dan sarapan, kami berangkat ke Pantai Tanjung Assam..5 minit dah sampai..Syamil la paling seronok sekali...tak sabar-sabar nak mandi..hihi...

Dekat 2 jam lebih gak kami di Pantai Tanjung Assam, Syamil mandi sampai kecut...tak mau berhenti...last-last kena berhenti jugak sebab hujan turun...berkemas dan balik..

Alhamdulillah, perkelahan yang simple dan singkat...seronok dan yang paling penting Syamil lah yang paling happy...

Dan hari ni Syamil buat surprise lagi..."Syamil nak makan mee"...wow dah mula guna 4 patah perkataan...Alhamdulillah...seronok sangat..

Sampai berjumpa lagi dalam posting akan datang...

Salam Sayang.




Isnin, 6 April 2015

Syamil pergi sekolah...

Syamil anak yang dinanti...sepanjang tempoh mengandung emosi saya sentiasa berada dalam keadaan yang baik...bersyukur sangat...mungkin kerana telah lama menanti kehadiran cahayamata...
Pagi ni seperti biasa Syamil bangun tanpa digerak...bangun sendiri...tapi kena pastikan Syamil tido tepat pukul 10...minum susu kemudian mandi.
Setelah dua hari bercuti, malam tadi sebelum tido saya bg tahu Syamil esok Syamil sekolah...pagi tadi semasa minum susu juga saya pesan sekali lagi..hari Syamil sekolah tau...
Alhamdulillah...Syamil mudah diajak mandi..pakai baju dan ke sekolah tanpa masalah....Syukur ke hadrat Ilahi...
Walaupun Syamil anak istimewa, saya yakin emosi ketika mengandungkan beliau dan kasih sayang yang dicurahkan membentuk peribadi Syamil...terima kasih ya Allah atas nikmat ini...

Khamis, 26 Februari 2015

Syamil & Supplemen

Sebelum saya tahu Syamil seorang autistic, saya hanya berikan Syamil minum Meal Shakes sahaja..tu pun selalu skip sebab Syamil duduk dengan pengasuh..bukan alasan sebenarnya..hihi..

Tetapi sejak saya tahu Syamil seorang autistic, saya mula bertanya rakan-rakan Shaklee supplemen untuk kanak-kanak autistic...

Selepas itu saya terus berikan Syamil Meal Shakes, OmegaGuard dan GLA...tanpa putus...

Melalui pembacaan saya, autisme ini tiada ubat yang boleh menyembuhkan kerana ia bukan penyakit..

Yea mungkin...tetapi saya optimis memberikan Syamil supplemen Shaklee...saya hanya yakin pada kekuasaan Allah..apa yang saya perlu buat ialah berusaha dan terus berusaha untuk Syamil...hanya pada Allah saya sandarkan harapan saya...Allah yang berikan ujian ini dan Allah juga boleh berikan kegembiraan selepas ujian ini...jadi mengapa kita harus menyalahkan takdir dan berputus harap?

Jika dulu Syamil selalu sembelit sehingga berhari-hari, tapi hari ini Syamil dah tidak sembelit
Jika dulu Syamil poor eye contact, tapi hari ini eye contact Syamil dah bagus
Jika dulu saya panggil Syamil, macam katak panggil hujan, tapi hari ini Syamil sudah boleh memberi respon bila saya panggil
Jika dahulu Syamil kurang bercakap, tapi kini Syamil sudah mula bercakap
Jika dahulu Syamil tidak faham arahan, kini Syamil dah faham banyak arahan mudah
Jika dahulu Syamil tidak bertanya, tapi kini saya dah terlayan pertanyaan dia..
Syamil juga dah mampu menjawab soalan "mana" dengan baik...

Banyak lagi perkembangan Syamil yang saya nak kongsikan dengan pembaca semua...mungkin di waktu lain..

Supplemen Shaklee mungkin sedikit bahagian yang membantu perkembangan Syamil, yang lainnya datang dalam bentuk yang lain...kasih sayang kita paling utama dalam membantu dia...

Jika berbotol-botol ubat dan supplemen pun yang kita berikan kepada anak syurga ini, tetapi tiada usaha dan tindakan lain dari diri kita sendiri, anak ini mungkin tidak berubah...

Buat ibu-ibu yang dikurniakan anak istimewa seperti Syamil, kasih sayang adalah penawar yang terbaik...jadi bentuklah anak syurga ini dengan penuh kasih sayang...in shaa Allah...mereka mampu berubah..dan mungkin lebih baik dari kanak-kanak normal di luar sana...

Anak Autisitic adalah "Genius dari Syurga" yang Allah hantarkan untuk kita...bergembiralah wahai ibu bapa semua...

Salam kasih sayang dari saya...sehingga berjumpa lagi dalam posting akan datang...

Selasa, 24 Februari 2015

Mengapa Syamil Miracle?

Semasa saya memikirkan nama yang sesuai untuk saya daftarkan dekat SSM, macam-macam nama yang keluar...

Tetapi akhirnya saya memilih Syamil Miracle Empire...

Mengapa agaknya nama ini yang saya pilih?

Syamil adalah nama satu-satunya anak saya buat masa ini selepas 7 tahun penantian...

Miracle...maksudnya keajaiban...

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan saya di fb tentu tahu kisah anak istimewa saya ini..

Muhammad Syamil Zhafri didiagnos sebagai kanak-kanak autisme pada penghujung tahun 2014..sekitar bulan 10 kalau tak silap saya..

Sering tertanya-tanya di minda saya mengapa pada usia 2 tahun anak saya masih belum fasih berkata-kata seperti kanak-kanak normal yang lain...

Saya google dan terjumpa simptom autisme, memang ada beberapa simptom itu pada Syamil, tetapi hati menidakkan sehinggalah saya berjumpa speech therapist apabila menyedari masalah speech delay Syamil...dari beliau saya diberitahu Syamil mempunyai simptom autisme yang ketara...terkedu saya dan suami tidak terkata apa-apa...

Saya dinasihatkan membawa Syamil ke hospital untuk pengesahan...akhirnya Syamil didiagnos sebagai kanak-kanak autisme...

Beberapa hari berendam air mata, tidak lalu makan, luluh hati saya hanya Allah yang tahu, namun menyalahkan takdir tidak sekali-kali.  Zuriat yang saya tunggu selama 7 tahun akhirnya didiagnos sebagai autistic...dalam kategori OKU Masalah Pembelajaran...Saya perlu redha dan kuat...Syamil perlukan saya...

Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi sepenuh perhatian kepada Syamil. 

Saya juga tekad untuk meneruskan bisness Shaklee walau bagaimanapun caranya...tidak terikat , bebas dan paling penting saya sentiasa ada bersama Syamil...

Mengapa Syamil Miracle?

Kerana nama yang saya pilih ini adalah DOA saya...Saya mahu setiap orang yang menyebut Syamil Miracle mendoakan anak saya..

Dan saya berharap nama itu juga mampu melonjakkan saya berada di puncak kejayaan bersama-sama Shaklee...

Saya sayangkan SYAMIL dan saya juga sayangkan bisnes SHAKLEE ini...bukan kerana wang semata-mata tetapi untuk menambah nilai kualiti kesihatan anda semua...

Jika anda mengikuti posting saya di FB, kebanyakkannya hanya berkisar sekitar perkembangan Syamil dan Shaklee..kerana itulah passion saya...saya tidak berminat untuk bergosip dalam fb, meluah perasaan bagai...hihi...simpan sedikit untuk privacy saya...

Terima kasih Master Farihah yang mencadangkan saya menulis blog tentang perkembangan Syamil...

In shaa Allah akan saya usahakan...blog syamilmiracle sudah tersedia...dan mungkin selepas ini saya bukan sahaja akan berkongsi kebaikan Shaklee tetapi juga perkembangan anak autistic saya...

Terima kasih kerana membaca...sampai kita berjumpa lagi..

Selamat malam semua...